Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Taklimat Integriti bertajuk “Penghayatan Integriti dalam Tugas” kepada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) pada 4 Julai 2022.
Taklimat yang dihadiri seramai 38 orang peserta ini turut disertai oleh En. Shahril Nizam Cheah bin Abdullah, Pengurus Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan Korporat PBBPP.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Libat Urus, IIM.


