Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai menyampaikan taklimat bertajuk “Inisiatif-Inisiatif Integriti dan Pencegahan Rasuah” kepada 23 orang Ketua Unit Integriti (KUI) dari 13 agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada 27 Julai 2022.

Selain itu, taklimat ini juga bertujuan membincangkan peluang kerjasama antara IIM dengan agensi-agensi di bawah MAFI dalam usaha pemantapan Integriti dan tadbir urus terbaik.

Taklimat telah disampaikan oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Libat Urus .