Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi menyampaikan taklimat bertajuk “Integriti Titian Menuju Keberkatan” bersempena Majlis Sambutan Hari Integriti SKM 2022 pada 29 November 2022.
Majlis ini merupakan salah satu pengisian sepanjang Bulan Integriti Kebangsaan Tahun 2022. Sesi taklimat ini telah dihadiri Pengurusan Kanan SKM, para Pengarah Negeri dan juga seluruh warga SKM di Ibu Pejabat dan juga Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Selain itu, sesi taklimat majlis tersebut juga telah dipenuhi dengan majlis melafazkan ikrar integriti SKM dan juga pelancaran buku OACP SKM 2023 – 2025.
SKM juga telah menyatakan hasrat untuk mengembangkan lagi bentuk kerjasama bersama IIM di masa akan datang bagi memastikan pemantapan pembudayaan integriti di kalangan warga SKM dan juga seluruh ekosistem koperasi di Malaysia terutamanya bagi tahun 2023.
IIM telah diwakili oleh En. Fison Hamdi Ahmad, Ketua Seksyen Advokasi dan Latihan selaku penceramah taklimat tersebut.



