Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Do The Right Thing” pada 20 Julai 2022.

Seramai 45 orang kakitangan telah hadir dalam sesi yang telah diadakan di Kampus INSKEN, Cyberjaya. Sesi taklimat tersebut telah dihadiri oleh Puan Roziah Binti Mohamed Isa, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Korporat INSKEN.

Taklimat telah disampaikan oleh Konsultan IIM, Puan Munah Binti Abdul Aziz.