Tahniah diucapkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atas kejayaan membangunkan Pelan Antirasuah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 2019-2023 (PeARL).
IIM berbangga kerana dapat bersama-sama memberikan khidmat konsultasi dalam membangunkan PeARL.
Tidak lupa, terima kasih YBhg. Dato’ Sri Dr Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM atas kepercayaan yang diberikan dan syabas diucapkan kepada tim Jabatan Integriti dan Pengurusan Risiko LHDNM (JIPR)!
IIM merupakan agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membantu agensi awam dan swasta dalam membangun Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). IIM menyeru lebih banyak agensi untuk membangunkan OACP sekaligus memperkukuhkan Governans, Integriti dan Antirasuah di agensi masing-masing.
Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan konsultasi yang disediakan oleh IIM, sila layari www.iim.gov.my, emel [email protected] atau hubungi di talian 03-6209 2000.
Nota: YBrs. Tuan Haji Hamilye Harun, Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi menerima senaskhah Pelan Antirasuah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 2019-2023 (PeARL) sebagai tanda penghargaan dan rujukan pada masa akan datang.