Pada 10 Oktober 2021 yang lalu, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah kehilangan seorang warga kerjanya iaitu Allahyarham Encik Shahrul Ridzuan bin Arshad yang meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Kehilangan Allahyarham memang amat dirasai oleh seluruh warga IIM.
Atas dasar keprihatinan IIM menjaga kebajikan warganya beserta waris mereka, pada pagi ni waris kepada Allahyarham Encik Shahrul Ridzuan telah menerima pampasan insurans berkelompok IIM.
Penyerahan cek pampasan insurans, cek sumbangan tabung khairat kematian serta sumbangan cenderahati kepada anak-anak Allahyarham telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi kepada balu Allahyarham, Puan Ima Shanaz Wahidin.
Sementara itu, Puan Ima Shanaz mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan IIM yang tidak putus-putus bertanya khabar dan mengambil berat tentang keluarganya.
Majlis penyerahan ini turut dihadiri oleh bapa Allahyarham, Encik Arshad bin Awang serta dua orang anak Allahyarham.

