{:my}Sesi RTD 1/2017 kali ini membawa topik “STRATEGI BAGI MENGEKANG PERLANTIKAN CALUN-CALUN BERISIKO KE JAWATAN-JAWATAN PENTING PERINGKAT PENGURUSAN TERTINGGI DI SESEBUAH ORGANISASI” menyaksikan kehadiran YBhg Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai pembincang utama dan diiringi oleh YBrs. Dr Razali Ab.Malik, Ketua Kluster Bahagian Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN. Perbincangan ilmiah ini telah turut disertai oleh wakil-wakil dari pelbagai Kementerian dan Jabatan dalam usaha mencari jalan tentang pendekatan yang sesuai bagi mengekang kebarangkalian melantik kakitangan yang cenderung melakukan rasuah dari dilantik ke jawatan-jawatan pengurusan tertinggi di semua sektor terutamanya sektor awam.
Perbincangan mengetengahkan antaranya strategi SPRM dalam mengesan dan menapis calon -calon yang berisiko tinggi iaitu melalui tiga kaedah. Kaedah pertama ialah melalui Penguatkuasaan dimana SPRM akan bertindak mengesan kesalahan rasuah dan menyiasat kesalahan tersebut. Kedua, kaedah Pencegahan iaitu mengesan risiko rasuah dalam amalan, sistem dan prosedur serta memberi khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang rasuah. Kaedah ketiga menerusi Pendidikan Masyarakat dimana orang ramai dididik dalam menentang rasuah dan mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah.
Selain itu, Dato’ Shamshun juga membentangkan analisa corak tapisan keutuhan SPRM yang bertindak sebagai salah satu proses wajib dilalui oleh calon -calon contohnya untuk kenaikan pangkat seseorang pegawai atau penganugerahan darjah/pangkat kebesaran dan lain-lain.
Ini diakui penting oleh Dr Razali yang menambah bahawa selain kenaikan pangkat, orang -orang yang berisiko tinggi juga termasuk jawatan atau jobscope tempat yang disandang. Beliau kemudiannya berkongsi ciri-ciri urustadbir yang baik termasuk sikap telus, responsif dan sikap kerja yang cekap dan efektif bagi mengelak terjadinya kes-kes rasuah atau pecah amanah.
Melalui perbincangan tersebut, didapati bahawa faktor mindset merupakan faktor utama yang perlu diubah oleh seseorang individu sebelum dikenalpasti sebagai calon yang berisiko. Pentingnya Ujian Psikometrik seperti yang dilaksanakan oleh INTEGRITI adalah merupakan satu langkah dalam mengesan, mengesah dan mencegah terjadinya kes kes salah laku di dalam sesebuah organisasi, tanpa mengira jawatan atau pangkat.
{:}{:en}RTD Session 1/2017, focused on the topic of “Strategies to curb the appointment of high risk individuals into top management post” saw the presence of Dato ‘Mohd Jamil Shamshun Darman, Deputy Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) as the main discussant and accompanied by YBrs. Dr Razali Ab.Malik, Head of Cluster Development, Division of Professional Ethics, INTAN.
The discussion was also attended by representatives from various ministries and departments in an effort to find a way on the appropriate approach to mitigate the probability of appointing staff who are likely to be corrupted in their appointment to the highest management positions in all sectors, especially the public sector.
The discussion highlights the strategies to detect and filter a high-risk candidate through three methods. The first method is through the Enforcement Commission, which will act to detect and investigate corruption offenses. Second, the method of identifying the risks of corruption through prevention in the practices, systems and procedures and provide advice to close the opportunity for corruption. The third method is through Community Education where people are educated in the fight against corruption and seek and foster public support in combating corruption.
{:}