{:my}Bagi membincangkan satu perkara yang cukup penting dalam   melestarikan persaingan negara untuk jangka masa panjang, INTEGRITI telah menganjurkan satu Persidangan Meja Bulat(RTD) pada 20 April 2017,menampilkan dua pembincang utama iaitu Y.Bhg Dato’ Abdul  Latif bin Haji Abu Seman, Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan  Encik Zaky Moh, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan & Keusahawanan, SMIDEC. Sesi perbincangan juga turut disertai oleh  wakil-wakil dari dari pelbagai kerajaan seperti MITI,Matrade,MIDA,Suruhanjaya Sekuriti, EPU, ICU dan SPRM. Turut sama dalam proses sumbang saran ialah Y.Bhg Dato’ Naim Hj Muhammad, Naib Presiden Perdasama, Dato Yusli Mohd Yusof, Presiden MICG , wakil dari ACCCIM dan wakil  DPMM.

Perbincangan sebulat suara bersetuju bahawa salah satu cara utama untuk menangani masalah rasuah dan salah guna kuasa yang boleh memberikan persepsi buruk dan seterusnya menurunkan tahap indeks persaingan negara ialah melalui  automasi seberapa banyak proses kerja bagi mengurangkan “human touch” sebagaimana yang dilakukan oleh negara-negara yang tinggi tahap indeks persaingannya seperti Switzerland, New Zealand dan Singapura. Selain daripada itu, proses-proses melibatkan pengeluaran lesen, permit dan peraturan-peraturan perniagaan dan pelaburan di negara kita hendaklah dilaksanakan dengan cekap, mesra pelanggan dengan tempoh masa pemerosesan yang  munasabah. Penubuhan pusat pemerosesan setempat ( one stop centre) perlu diperbanyakkan bagi mempermudahkan urusan-urusan melibatkan perniagaan.

Sesi RTD kali ini telah dimulakan dengan rakaman  Slot Wawancara Bersama Tokoh  bersama Y.Bhg Dato’ Latif Haji Abu Seman di studio INTEGRITI TV dengan Encik Anuar Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Institusi Pentadbiran Awam bertindak sebagai Moderator.

{:}{:en}In discussing what is  important in preserving the nation’s competitiveness in the long term, INTEGRITI organised a Round Table Discussion (RTD) on 20th of  April 2017, featuring two main discussants namely Dato ‘Abdul Latif bin Haji Abu Seman, Deputy Chairman Director, Malaysia Productivity Corporation (MPC) and Mr. Zaky Mohammad, Senior Director of Business Development & Entrepreneurship, SMIDEC. Also present were Dato ‘Hj Naim Muhammad, Vice President Perdasama, and Dato Yusli Mohd Yusof, President MICG.

The session was also attended by representatives of the various governments such as MITI, MATRADE, MIDA, Securities Commission, EPU, ICU and MACC.

The discussion unanimously agreed that one of the key ways to address the problem of corruption and abuse of power is through the automation of as many work processes to reduce the “human touch” as done by countries with high level of competitive indices such as Switzerland, New Zealand and Singapore.

In addition, the processes for issuance of licenses, permits and regulations on business and investment in our country should be implemented in an efficient, customer-friendly manner with a reasonable time – processing period. Local processing centers (one stop center) should be fixed in more locations to help facilitate business matters.

{:}