Siri ke-3 Sesi Latihan Bengkel Training of Trainer (TOT) bagi Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) di Kuching, Sarawak telah selesai dilaksanakan pada 12 Ogos 2022.
Bengkel TOT ini disertai oleh pegawai-pegawai awam yang dilantik oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Komuniti, Unit Integriti DBKU, Jabatan Perkhidmatan Infrastruktur, Jabatan Perkhidmatan Korporat dan Ahli Jawatankuasa Khas CIB (Pemantau) Kejiranan Mesra (KjM) daripada 3 kawasan KjM terpilih serta kontraktor yang dilantik di bawah seliaan DBKU.
Sesi ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah DBKU, En. Rudzaimeir Malek dan wakil Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak (UNIONS), En. Shamsul Bojeng. Pada sesi sama, Pengerusi KjM, Pegawai Penguatkuasa DBKU dan Ahli Jawatankuasa Khas CIB turut berkongsi pengalaman dan input pada sesi temuramah bagi mengetahui respon peserta terhadap pelaksanaan Program CIB di kawasan DBKU.


