Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai mengadakan Siri ke-2 Sesi Latihan Bengkel Training of Trainer (ToT) bagi Program Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) di Majlis Daerah Limbang (MDL) pada 10 Ogos 2022.
Bengkel ini telah melibatkan pegawai-pegawai awam yang dilantik oleh MDL iaitu dari Bahagian Kesihatan Awam, Kejuruteraan, Penguatkuasaan, Perlesenan, Ahli Jawatankuasa Khas CIB (Pemantau) dari 3 kawasan KRT terpilih serta kontraktor yang dilantik di bawah seliaan MDL terutamanya dalam pengurusan kutipan sampah, pembersihan longkang, parit dan jalan serta pemotongan rumput.
Sesi ini telah dirasmikan oleh Setiausaha MDL, YBrs. Tuan Petrick Linggie Anak Taboh dan wakil Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Jabatan Premier Sarawak (UNIONS), En. Roni Ah Hin.
Selain itu, Pengerusi KRT, Pegawai Penguatkuasa MDL dan Ahli Jawatankuasa Khas CIB juga telah mengadakan sesi temuramah bagi mengetahui respon peserta terhadap pelaksanaan Program CIB di MDL.
Bengkel ini difasilitasikan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Operasi IIM, Tn Hj Hamilye Sham Harun dan dibantu oleh konsultan IIM, En Meor Shahram Faiz.



