Sejurus selepas Majlis Pelancaran Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti (CIB) peringkat Daerah Matu dan Daro (MDMD), Datuk KPE IIM bersama pasukan CIB seterusnya telah mengadakan simbolik peletakan papan tanda Program CIB di hadapan Dewan Serbaguna MDMD.

Turut diadakan sesi lawatan dan aktiviti gotong royong di tiga (3) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) iaitu di Kampung Tian; Medan Selera dan Pasar Matu; dan Kampung Kuala Matu Hilir.

Inisiatif ini secara langsung dapat meningkatkan kesedaran masyarakat dari segi tanggungjawab, pengetahuan dan sikap ambil peduli dengan isu-isu di kawasan rumah mereka seperti isu Sampah, Longkang & Rumput (SLR), Perparitan, Kenderaan Terbiar di kawasan taman dan landskap.

Untuk mengetahui sejauh mana tahap integriti penerima dan pembekal perkhidmatan, serta keberkesanan program CIB ini, satu kajian rintis telah dilakukan dengan soal selidik bagi dua (2) set soal selidik kajian telah diedarkan kepada penduduk setempat.

Program rintis yang bermula sejak bulan Julai 2022 ini melibatkan empat (4) residensi terpilih di Sarawak iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Majlis Daerah Limbang (MDL) dan Majlis Daerah Matu-Daro (MDMD).