Sesi Taklimat Teknikal Kedua bersama Panel Penilai Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2022 (AIGA 2022) telah berlangsung pada 28 Jun 2022.

Taklimat yang dijalankan secara dalam talian kini ini diadakan khusus kepada Panel Penilai yang tidak dapat hadir pada sesi pertama yang telah diadakan pada 22 Jun 2022.

Panel-panel Penilai yang dilantik ini mewakili pelbagai agensi dari sektor awam, swasta serta NGO berkaitan. Sesi ini merupakan persediaan awal dalam proses penilaian AIGA yang akan bermula pada bulan Julai hingga Oktober 2022.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn. Farah Idayu Jaafar selaku Ketua Penilai bagi Jawatankuasa Penilaian AIGA 2022 dan En. Izyuandy Izham, Pegawai Undang-Undang IIM.