Sesi Taklimat Polisi Pengurusan Hadiah dan Kawalan Dokumen telah diadakan pada 28 Disember 2022, bertempat di Dewan Murni IIM.
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan dan kesedaran kepada warga kerja IIM berkaitan Pengurusan Hadiah, keraian, sumbangan & penajaan serta sumbangan politik.
Taklimat disampaikan oleh Encik Syed Afzal Idid Bin Syed Hussin dan dibantu oleh Puan Nurdiana Shaharudin dari Seksyen Standard dan Governans IIM.



