Sesi taklimat Pembangunan Konteks & Kesedaran CRA OACP bagi Yayasan Perak telah selesai dilaksanakan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 20 September 2022 bertempat di Ipoh, Perak.
Sesi ini telah dihadiri oleh Tuan Azrul Sani bin Ibrahim, Pengurus Besar Yayasan Perak serta Pengurus-Pengurus yang mewakili setiap bahagian/unit dalam Yayasan Perak. Sesi taklimat ini turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa OACP Yayasan Perak yang telah dilantik dan berperanan penting dalam memastikan pembangunan OACP Yayasan Perak berjalan lancar.
Para konsultan IIM yang terlibat dengan sesi ini adalah Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil dan Cik Wan Nooraine Hussin.


