Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi sumbangsaran (brainstorming) khas tentang semakan semula hala tuju IIM pada 5-7 April 2022. Tujuan utama sesi ini diadakan adalah sebagai platform perbincangan mengenai penyediaan dan penjajaran semula Pelan Strategik IIM 2022-2026, selaras dengan fungsi dan peranan IIM sebagai peneraju utama kepada agenda pemantapan integriti dan tadbir urus negara.

YBhg. Datuk Wan Suraya, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IIM mengetuai sesi ini dengan kehadiran penuh dari pihak pengurusan IIM.

Dalam sesi ini juga, KPE menekankan bahawa semakan penjajaran hala tuju baharu IIM ini mesti dicorakkan mengikut dasar Kerajaan semasa dan mencapai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berintegriti tinggi dengan rakyatnya mengamalkan etika dan integriti dalam semua aspek kehidupan.