Sesi rakaman YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM di studio penyiaran JAKIM, Putrajaya. Rakaman ini bersempena penganjuran Forum Perdana Ehwal Islam yang akan diadakan pada 3 November 2022 nanti.
Tajuk Forum Perdana Ehwal Islam yang diangkat pada tahun ini adalah “Integriti Jambatan Keberkatan”. Tajuk ini akan membicarakan tentang penghayatan nilai integriti menurut perspektif Islam.
Forum Perdana Ehwal Islam (FPEI) anjuran IIM dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang julung kali diadakan ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).



