Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan satu sesi perkongsian kesedaran tentang pembangunan dan penggubalan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) dengan Ahli- ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Bank Rakyat pada 9 Jun 2022.
Perkongsian telah disampaikan oleh Tn. Hj Hamilye Sham Harun, Pengurus Besar Kanan, Bahagian Operasi IIM mewakili YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
Turut hadir YBhg. Datuk Abd Rani Lebai Jaafar, Pengerusi, Bank Rakyat, YBrs. Dr. Mohammad Hanis Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Lembaga Pengarah Bank Rakyat dan Rakyat Management Services (RMS), Jawatankuasa Syariah, Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat, serta Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat.
Dalam sesi ini juga, Pengerusi Bank Rakyat telah menyatakan persetujuan dan hasrat Bank Rakyat untuk mengadakan kolaborasi bersama dengan IIM dalam membangunkan OACP dan Pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS).


