Institut Integriti Malaysia(IIM) telah mengadakan sesi perkongsian mengenai instrumen Individual Integrity Profile (IIP) bersama-sama pihak Kluster Pembangunan Nilai, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 17 Mei 2023.
Sesi telah disampaikan oleh Puan Nelly Mansin, Ketua Seksyen Penilaian Instrumen Integriti (SPII) IIM. Ianya merupakan sebahagian usaha dan sokongan dari IIM kepada pihak JPA bertujuan menjayakan program Value Champion Officer (VCO) iaitu salah satu inisiatif intervensi kepada Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN).

