Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Sesi Perkongsian Dapatan Integrity Assessment Tool (IAT) bersama SME Bank pada 14 Disember 2022 bertempat di Menara SME Bank.

Sesi Perkongsian yang dihadiri oleh Group Compliance ini telah berpuas hati dengan dapatan yang dibentangkan dan akan mengambil kira cadangan penambahbaikan sewajarnya serta berharap untuk terus bekerjasama dengan IIM pada masa hadapan.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Ketua Seksyen Penilaian Instrumen Integriti, Puan Alida Mahmod dan konsultan dari Seksyen yang sama, Cik Nur Faranajwa Yahaya serta Puan Nelly.