Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Sesi Perkongsian Dapatan Integrity Assessment Tool (IAT) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bertempat di Menara PERKESO pada 27 Oktober 2022.
Sesi Perkongsian ini telah dihadiri oleh Bahagian Anti-Fraud, Ethics dan Integriti (AFEI), PERKESO.
Konsultan yang terlibat bagi sesi ini adalah Cik Nur Faranajwa Yahaya, Konsultan Kanan Seksyen Penilaian Instrumen Integriti (SPII) IIM. Turut hadir Ketua Seksyen SPII, Puan Alida Mahmod dan Konsultan SPII, Puan Nelly Mansin.

