Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perkongsian dan taklimat kepekaan konteks serta aplikasi dashboard Program Rintis Pembangunan Integriti Bersama Komuniti atau Community Integrity Building (CIB) di Sibu pada 28 Julai 2022.
Sesi taklimat ini telah dihadiri seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada YBrs Tuan Yong Ing Chu, Pemangku Setiausaha Majlis MPS, Pegawai Penguat kuasa MPS, Pegawai UNIONS, Pegawai Bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Majlis Daerah Maru-Dato dan wakil Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kawasan.
Pegawai IIM juga telah mengadakan dua sesi lawatan tapak program di Sibu bersama En. Eric, Pengerusi KRT Jalan Lanang; Tuan Shamsul, pegawai UNIONS; Pn. Ting, Pegawai MPS; Mr Frankie, pegawai Bahagian Penguatkuasaan MPS dan Pegawai DBKU.










