Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Sesi Perkongsian Analisis Individual Integrity Profile (IIP) untuk Cradle Fund Sdn Bhd secara atas talian pada 1 November 2022 bersama-sama Integrity & Governance Unit (IGU) Cradle Fund Sdn. Bhd.
Analisis terhadap 57 calon yang telah dibentangkan bertujuan untuk pengurusan bakat, pengurusan risiko dan pembudayaan integriti kepada IGU. Di samping itu, sesi ini turut membincangkan secara terperinci mengenai cadangan intervensi sewajarnya termasuklah potensi dan ruang penambahbaikan bagi kakitangan yang telah menduduki IIP.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Nelly Mansin, Konsultan Seksyen Penilaian Instrumen Integriti (SPII) IIM.
