Sesi Perhimpunan Bulanan Institut Integriti Malaysia (IIM) telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) IIM yang baharu pada pagi ini dengan kehadiran 80 orang warga kerja IIM. Pada sesi ini juga, YBhg Datuk CEO telah menjelaskan tentang halatuju baharu IIM yang akan menjadi penentu kejayaan IIM pada masa hadapan.


Beliau menyeru agar seluruh warga kerja IIM bersama-sama dengan beliau dalam memastikan IIM akan terus relevan sebagai agensi peneraju dalam proses pembudayaan dan penerapan nilai-nilai murni integriti dan tadbir urus Negara.

#InstitutIntegritiMalaysia
#IntegritiKerjaberpasukanProfesional
#AmanatCEO