YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE), Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan secara maya dengan pihak United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia pada hari ini, 24 Mac 2022. Pihak UNDP diwakili oleh En. Niloy Banerjee, Wakil Residen ke Pejabat Malaysia dan En. Ashvinder Singh Pramjit Singh, Eksekutif Projek UNDP.
Tujuan utama sesi perbincangan ini adalah untuk membincangkan cadangan kesinambungan kerjasama yang telah terjalin sebelum ini antara IIM dan UNDP sejak tahun 2005. Perbincangan menjurus kepada beberapa cadangan projek baharu yang boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif daripada UNDP terutamanya dari aspek pembangunan kapasiti pegawai-pegawai IIM.
#InstitutIntegritiMalaysia
#UNDP
