Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Perbincangan Pembangunan Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta jabatan-jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Ketua Unit Integriti KKDW, Encik Ahmad Zulnasri bin Abdul Khalid beserta pegawai-pegawai integriti Kementerian.