Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menghadiri sesi perbincangan awal bagi Pembangunan & Penggubalan CRA OACP Bank Muamalat pada 9 November 2022 bertempat di Menara Bumiputra.
Pelbagai perkara telah dibincangkan selaras dengan objektif bagi memastikan Bank Muamalat menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum kesemua sesi perbengkelan dijalankan.
Taklimat ini telah dihadiri oleh seramai 5 wakil dari Bank Muamalat yang diketuai oleh Encik Mohamad Muhsin Mohd Anas, Chief Compliance Officer manakala IIM telah diwakili oleh Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dan Cik Wan Nooraine.
