Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan lanjutan berhubung pelaksanaan kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 17 Mei 2023 bertempat di Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Azman Yahaya, Pengarah Pusat Kokurikulum UiTM. Manakala IIM telah diwakili oleh Encik Muhammad Qayyum Salim, Ketua Seksyen Pembangunan Komuniti.

Perbincangan menjurus kepada pembangunan dan kaedah pelaksanaan Modul Integriti Mahasiswa yang menjadi salah satu agenda utama yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) IIM-UITM yang telah ditandatangani pada 31 Mac 2023.

Moga kerjasama yang terjalin akan dapat memberi manfaat buat pelajar/mahasiswa khususnya UiTM seluruh negara dan mewujudkan ekosistem integriti dan tata kelola baik bermula daripada Institusi Pengajian Tinggi.