Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan lanjutan kerjasama strategik bersama delegasi daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diketuai oleh Dr. Norizan binti Azizan, Timbalan Pengarah Unit Kerjasama Industri (Industry Collaboration) pada 13 Februari 2023.
Sesi perbincangan menjurus kepada tujuh (7) agenda utama antaranya Program Penempatan Pelajar UUM di IIM- Professional Integrity Internship, Pembangunan Sijil Profesional Pengurusan Risiko Integriti, Instrumen Profiling- Rapid Integrity Assessment (RIA), program Pembangunan Kajian Kes Integriti dan lain-lain program yang telah dikenalpasti.
Selain itu, pihak UUM juga ingin menjalinkan kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama IIM dalam usaha memupuk nilai-nilai integriti dan amalan tata kelola terbaik terutama dalam kalangan mahasiswa.

