Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dijemput oleh Fakulti Undang-undang UiTM bagi sesi Perbincangan Kumpulan Bersasar berhubung “Strenghtening the Regulatory Framework to Promote Integrity and Transparency in State-Owned Enterprise” pada 22 September 2022 bertempat di Shah Alam.

IIM telah diwakili oleh Dr. Faathirah binti Jamaludin dan Encik Abdul Rahman bin Abdullah daripada Seksyen Dasar, Pembangunan Produk dan Penyelidikan.

Turut dijemput, wakil pelbagai agensi kerajaan serta pengamal undang-undang bagi memberikan idea dan pendapat dalam sesi tersebut.