YBhg. Datuk KPE telah mempengerusikan sesi perbincangan di antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan National Integrity Commission (NIC), Maldives pada 1 Mac 2023. NIC berhasrat untuk mendapatkan kepakaran dan khidmat nasihat IIM dalam membangunkan pelan latihan dan pembangunan kapasiti berkaitan integriti dan tata kelola.

Antara produk yang menjadi fokus perbincangan adalah Integrity Assessment Tool (IAT), Modul Integriti Penguatkuasa (MIP), Ethics & Integrity (E&I), Do The Right Thing (DTRT) dan Community Integrity Building (CIB-IIM).

NIC telah diwakili oleh Encik Abdul Azeez Yoosuf, Ketua Pengarah NIC serta Pegawai-pegawai kanan NIC.