Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama konsultan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi memantap dan memurnikan draf Pelan Strategik Institut Integriti Malaysia (IIM) 2023-2025.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Norasikin Binti Baharudin, Ketua Seksyen Dasar dan Penyelidikan IIM.
Manakala pihak konsultan MAMPU terdiri daripada Encik Syed Bashah bin Syed Anwar selaku Ketua Projek dibantu oleh Encik Simon Mancha anak Maring dan Cik Audrey anak Lembat.

