Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Global Psytech Sdn Bhd pada 9 September 2022, bertempat di Cyberjaya.
Sesi perbincangan yang diwakili oleh pegawai-pegawai IIM daripada Seksyen Penilaian Integriti Instrumen; Seksyen Dasar, Pembangunan Produk dan Penyelidikan; dan Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat ini telah membincangkan potensi ruang kerjasama secara terperinci lanjutan dari Memorandum Persefahaman (MOU) yang telah dimeterai antara IIM dan Global Psytech pada 10 Ogos 2022.
Sesi ini turut membincangkan cadangan pembangunan produk bersama mengambilkira kompetensi tenaga kepakaran dan keupayaan Global Psytech Sdn Bhd sebagai penyedia sistem teknologi.

