Institut Integriti Malaysia telah selesai memenuhi jemputan bagi sesi perbincangan awal berkenaan Pembangunan dan Pelaksanaan CRA-OACP secara hibrid kepada Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Melaka yang dipengerusikan oleh Ketua Unit Integriti JKMM, Encik Shaifulfazlee Bin Mohamad pada 15 September 2022.

Sesi perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Integriti, Seri Negeri Melaka ini telah memberikan penerangan yang jelas berkenaan modul dan keseluruhan proses pembangunan dan pelaksanaan CRA-OACP serta anggaran kos bagi tujuan tersebut.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh Konsultan Seksyen Pengurusan Integriti, Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dan Pegawai Seksyen Perancangan Strategik Korporat, Cik Asmieda Nadia Binti Azmin.