Sesi Penilaian Panel Khas Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 telah selesai dilaksanakan pada 11 Januari 2023 di Dewan Murni, Institut Integriti Malaysia. Ini merupakan peringkat penilaian terakhir untuk menentukan organisasi yang layak menerima Anugerah kategori Platinum buat julung kalinya. Majlis Penyampaian Anugerah dijadualkan pada 18 Januari 2023 dan akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.
Panel Penilai Khas ini terdiri dari YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed, YBhg. Tan Sri Abdul Wahid bin Omar dan YBhg. Professor Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir.
Sesi dimulakan dengan taklimat dari Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi.





