Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus secara maya dengan YB Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada 15 Jun 2022.
Antara lain beliau telah berkongsi mengenai penganjuran pertandingan Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 Peringkat Kebangsaan dan menggalakkan penyertaan agensi awam dan swasta seluruh negeri Perak.
Dalam kesempatan ini juga, Datuk Wan Suraya turut menggalakkan perancangan program-program integriti dan tadbir urus sempena Sambutan Bulan Integriti 2022 pada bulan November 2022 kelak.
