YBhg. Datuk KPE telah menghadiri Sesi Libat Urus Kumpulan Fokus Belanjawan 2023 mengenai Tata Kelola (Governance) pada 8 Februari 2023. Sesi dialog tersebut telah dipengerusikan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II.

Pada sesi tersebut, Datuk KPE telah membentangkan intipati program dan aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan oleh IIM pada tahun ini untuk menyemai dan memperkasakan nilai integriti dan tata kelola baik merentasi sektor awam dan swasta. Datuk KPE turut menyuarakan kepentingan supaya perhatian terus diberikan kepada pembangunan dan pengukuhan integriti dan tata kelola dalam Belanjawan 2023 termasuk perolehan input dan data yang berkaitan melalui penyediaan peruntukan untuk pembiayaan kajian-kajian oleh IIM dan organisasi yang berkaitan.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah wakil-wakil daripada SPRM, MAMPU, BPA, NFCC, TI-M, C4 Centre dan IDEAS.