Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus dengan YBhg. Dato’ Mahmud b. Mohd Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pahang pada 17 Jun 2022.
Yayasan Pahang merupakan rakan penganjur bersama IIM bagi Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA 2022) AIGA 2022 setelah kejayaan penganjuran buat pertama kali di peringkat negeri Pahang pada tahun lepas.
Dalam perbincangan ini juga, pihak Yayasan Pahang bersetuju untuk bersama-sama IIM dalam menyemarakkan sambutan Bulan dan Hari Integriti Nasional 2022 pada bulan November 2022 kelak dengan penganjuran program-program integriti di peringkat negeri Pahang.



