Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus dengan Jabatan Warisan Negara (JWN) pada 19 Jun 2022.

Perbincangan menjurus kepada pelbagai bentuk kerjasama yang boleh ditawarkan oleh IIM khususnya tentang pembangunan pelan OACP JWN yang secara langsung akan membantu JWN memupuk budaya integriti dan tadbir urus yang baik dalam kalangan warga kerjanya.

IIM telah diwakili oleh En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Pemasaran dan Jualan. Manakala wakil dari JWN ialah Tuan Haji Mohamad Muda Bahadin, Timbalan Ketua Pengarah JWN dan Encik Mohd Ieezwan Sadik, Ketua Unit Integriti JWN.