Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus bersama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bertempat di Bangunan Canselori UPNM pada 7 Oktober 2022.
Sesi libat urus ini bertujuan untuk meningkatkan kerjasama strategik antara IIM dan UPNM dalam pelbagai aspek berkaitan integriti dan tadbir urus. Ini termasuk latihan dan program kesedaran berkaitan integriti kepada pelajar dan kakitangan UPNM, pengenalan program Rakan Integriti Mahasiswa (RIM) di UPNM, penggunaan instrumen penilaian integriti, dan kerjasama penyelidikan berkaitan integriti.
UPNM telah diwakili oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Norazman Bin Mohamad Nor, Penolong Naib Canselor Bahagian Pengurusan Projek dan Pembangunan Strategi; Prof. Madya Kapt. Ahmad Zaidi Bin Sulaiman, Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni; dan Puan Sulastry Binti Abu, Ketua Penolong Pendaftar Unit Integriti UPNM.
Pihak UPNM juga akan mengatur pelbagai program bersempena Bulan Integriti pada November ini termasuk melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), UPNM yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti.
IIM diwakili oleh Puan Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen Dasar, Pembangunan Produk dan Penyelidikan; Dr. Faathirah Jamaluddin, Penyelidik Kanan IIM dan En. Abdul Rahman Abdullah, Konsultan Pembangunan Produk.

