Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi libat urus bersama SP Setia bagi berkongsi proses Konsultasi Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) pada 7 Oktober 2022.

Pihak SP Setia diwakili oleh Ketua Unit Integriti & Governans, En. Roslan Hanapiah dan Ketua Pegawai Risiko, Integriti dan Governans, Pn Hajah Nuranisah Haji Mohd Anis.

Pembentangan berkaitan proses Konsultasi ABMS IIM telah disampaikan oleh Pn Nurul Shafinas Mohd Daud, Konsultan Seksyen Pengurusan Integriti (SPI) IIM dan En. Mohd Rais Ramli, Ketua Seksyen Perancangan dan Strategik Korporat (SPSK) IIM.