YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengikuti delegasi yang diketuai YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehuddin bin Hassan (Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional- GIACC) menghadiri Sesi Libat Urus Berhubung Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Ketua Menteri Sabah 2019-2023 pada 21 Jun 2022 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Menara Kinabalu, Sabah.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hj. Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ini membincangkan mengenai status pembangunan dan pelaksanaan OACP di peringkat agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah, dan pembangunan Sistem Dashboard OACP (Sistem i-Do) oleh Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah.
Turut dibincangkan adalah berkaitan status pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), dan Sambutan Hari dan Bulan Integriti 2022.
Hadir sama dalam sesi libat urus tersebut adalah YBhg. Datuk Rosmadi Datu Sulai (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah), YBhg TPj. Dato’ Nor Azmi Karim (Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam SPRM), dan pegawai-pegawai dari Jabatan Ketua Menteri Sabah, GIACC, IIM dan SPRM.


