Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi Latihan Etika dan Integriti (E&I) kepada wakil pengurusan Yayasan Sejahtera pada 12 September 2022.
Sesi latihan yang berlangsung di Bilik Etika, IIM ini telah dihadiri seramai 16 orang melibatkan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Yayasan Sejahtera.
Objektif latihan ini lebih menekankan kepentingan etika dan integriti dalam aspek tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dalam melaksanakan tugasan sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO). Disamping itu, elemen Do The Right Thing juga diterapkan bagi meningkatkan lagi pemahaman dalam melaksanakan tugasan yang diberikan secara efektif.
Sesi latihan telah disampaikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, Pn Munah Abdul Aziz dan Pn Zarina Mohamad Amin.


