Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi latihan “Do The Right Thing (DTRT)” kepada warga kerja Gas Malaysia Berhad pada 1 Mac 2023 bertempat di Pusat Latihan & Sumber, Gas Malaysia Berhad.
Latihan ini bertujuan memupuk nilai integriti dalam kalangan warga kerja Gas Malaysia disamping membudayakan amalan integriti terbaik dalam organisasi. Latihan ini juga telah memberikan bimbingan kepada peserta tentang konsep ‘Do The Right Thing’ serta tips mengaplikasikan ‘Bell-Book-Candle’ dan Model A-C-S-T dalam proses membuat keputusan.
Seramai 29 warga kerja Gas Malaysia Berhad dari cawangan seluruh Malaysia telah menghadiri sesi latihan tersebut yang telah disampaikan oleh En Suhaimi Mohd Noh dan Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.


