Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan “Do The Right Thing (DTRT)” kepada Gas Malaysia Berhad pada 7 November 2022.

Sesi latihan yang berlangsung di Pusat Latihan & Sumber, Gas Malaysia Berhad ini telah dihadiri seramai 38 orang peserta terdiri daripada warga kerja Gas Malaysia Berhad dari seluruh Malaysia.

Objektif latihan ini adalah untuk membantu warga kerja Gas Malaysia untuk membuat keputusan dengan tepat, beretika dan berintegriti. Sesi latihan ini juga dapat membudayakan amalan terbaik integriti dalam organisasi secara optimum.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, Encik Suhaimi Mohd Noh dan Puan Munah Abdul Aziz.