Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi latihan “Do The Right Thing (DTRT)” kepada Gas Malaysia Berhad pada 1 Disember 2022.
Sesi latihan yang berlangsung di Pusat Latihan & Sumber, Gas Malaysia Berhad ini telah dihadiri seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja Gas Malaysia dari seluruh Malaysia.
Objektif latihan ini adalah untuk memupuk potensi peserta menjadi warga kerja yang berintegriti dalam organisasi secara optimum. Latihan ini juga membimbing peserta dengan konsep ‘Do The Right Thing’ seperti mengaplikasikan ‘Bell-Book-Candle’ dan Model A-C-S-T dalam membuat keputusan dengan wajar.
Sesi latihan telah disampaikan oleh En Suhaimi Mohd Noh dan Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan, IIM.



