Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Latihan Awam “Ethics & Integrity” pada 23 Mei 2023 bertempat di Putrajaya.
Ianya merupakan satu program latihan komprehensif anjuran IIM yang menggabungkan elemen pendedahan dan kefahaman mendalam berkenaan dengan proses kesedaran kendiri, konsep dan definisi etika dan integriti, proses membuat keputusan secara beretika dan berintegriti dan juga proses pembudayaan etika dan integriti.
Peserta terdiri dari pelbagai agensi awam dan swasta seperti PADIBERAS Nasional Berhad, AEON Co. (M) Bhd., Kuwait Finance House, Perbadanan Nasional Berhad, Majlis Perbandaran Kuala Langat, YP Mining Sdn. Bhd., Perak Corporation Berhad dan Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Sesi ini telah dikendalikan oleh tiga orang konsultan Seksyen Advokasi dan Latihan IIM, En Suhaimi Mohd Noh dengan dibantu oleh En. Ruben Raj dan En. Abdul Rahim bin Ahmad Damanhuri.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif IIM, YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Sesi latihan awam “Ethics & Integrity” (E&I) seterusnya akan diadakan pada 5 Julai 2023. Pendaftaran untuk sesi ini telah dibuka. Sila layari laman web www.iim.gov.my untuk maklumat lanjut dan emel [email protected] untuk mendaftar.



