Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi konsultasi bagi Bengkel Pelan Tindakan bersama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) bertempat di Putrajaya pada 2-3 November 2022.

Bengkel yang berlangsung selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 28 orang peserta terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian, Politeknik & Kolej Komuniti JPPKK.

Bengkel ini telah mencapai objektif yang diharapkan apabila para peserta berjaya mengenalpasti 4 Bidang Keutamaan bagi JPPKK seterusnya membangunkan Pelan Tindakan yang lengkap beserta inisiatif-inisiatif yang mampu menangani risiko-risiko rasuah, kelemahan integriti serta memastikan amalan tadbir urus yang baik dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Bengkel ini dikendalikan oleh Konsultan Seksyen Pengurusan Integriti IIM, Puan Nurul Fadzliyanie Mohd Razif dengan dibantu oleh Encik Mazwane Musa dan Cik Wan Noorainie Husin.