Ketua Pegawai Eksekutif dan pegawai-pegawai kanan Institut Integriti Malaysia (IIM) sempat berinteraksi dalam satu Sesi Dialog bersama Presiden dan barisan kepimpinan tertinggi NGO Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di Kompleks Belia Batu Uban, Pulai Pinang pada 27 Mei 2022.

Beliau menyentuh secara ringkas akan fungsi dan peranan IIM dan kesediaan IIM untuk berkolaborasi bersama pemegang taruh bagi memperkukuhkan ekosistem integriti nasional.

Beliau juga menjelaskan bahawa IIM akan terus memainkan peranannya sebagai peneraju agenda pembudayaan integriti negara melalui pengenalan kepada produk-produk baharu dan inovasi pada tahun ini.