Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti Penjawat Awam” dalam Kursus Pemikiran Positif dan Komunikasi Berkesan anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson pada 30-31 Mei 2022. Ceramah telah disampaikan oleh En. Suhaimi Mohd Noh.

Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Perkhidmatan Kaunter & Khidmat Pelanggan dari seluruh cawangan JPN Negeri Selangor. Sesi penutup kursus telah disempurnakan oleh En. Hairuddin Bin Abdullah, Pengarah JPN Selangor.