Institut Integriti Malaysia (IIM) telah membantu syarikat EmasKang Sdn. Bhd. membangunkan Anti-Bribery Management System (ABMS) dengan pelaksanaan sesi bengkel ABMS pada 30 Mei 2022 sehingga 1 Jun 2022. Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini merupakan bengkel ke-empat dalam proses pembangunan ABMS syarikat tersebut.
Konsultan IIM yang membantu pelaksanaan bengkel ini ialah Pn. Maisyarah Binti Mansoruddin. Bengkel ini telah dihadiri oleh enam (6) orang warga kerja dari Emaskang Sdn Bhd.

